Saturday, January 16, 2010

Iklaskan diriku ya Allah

Membina keiklasan Diri

Keiklasan hati kita hanya dapat dicapai dengan usaha yang sungguh-sungguh. Ia adalah satu proses. Perkara pertama yang kita lakukan adalah kurangkan cakap sesuatu yang buruk mengenai beban diri sendiri atau mengenai orang lain. Sabar terhadap apa sahaj a peristiwa yang terhidang dihadapan kita samada yang mengenai kita atau yang kita perihatikan atau yang kita dengar.

Contohnya ;

Jangan menyalahkan orang lain apabila sesuatu menimpa kita kerana semuanya terjadi dengan kehendak Allah swt. Redhakan ianya terjadi anggaplah itulah rezeki kita. Misalnya jika harta mewah kita dicuri, halalkan sahaja ...itu sudah menjadi rezeki pencuri itu.

Kalaulah isteri/suami kita begitu begini, terimalah dia seadanya...itu dah bahagian kita.

Tidak akan terjadi sesuatu perkara tanpa keizinan Allah swt. ingat tu.

Anda miskin
Anda kaya
Anda siapa hari ini ?
Semua itu atas kehendak Allah jua. Rahmat allah sentiasa untuk mukminin

Ya Allah aku bersyukur tergadapmu keran kini aku berusaha mencari keredhaan mu ya allah. Ya Allah perkenankanlah aku untuk mencari redhamu .

Memang sungguh sukar hendak merubah sikap yang dah sebati dengan kita namun jika kita dapat rahmat Allah , insyallah akan tercapai.

Untuk iklaskan hati kita perlukan kesabaran yang tinggi. Kayu ukur kita iklas adalah kita mempunyai perasaan yang sama semasa kita dipuji dan dikeji orang. Amalkan sentiasa minta maaf diatas kesilapan diri atau kesilapan orang lain terhadap kita.

Jika anda mampu mencapainya ...tahniah ! itu baru step pertama.

No comments:

Post a Comment